#Apitamiwwaa

Keep Calm and Smile Mairaa :')
Saturday, 21 December 2013 . 0 purple(s) .




Senyumlah selagi mampu ya wahai hati .

Saat kita menempuhi onak duri dunia. DERITA sekali sekala mencuit HATI. Hati REMUK menangis tidak henti. KESEDIHAN terus menerus bersemadi di dasar hati. Ketika itu SABAR pun sudah tidak dikenali lagi. Dalam TERHARU. Airmata tertumpah jua.

Wahai hamba ilahi. Begitulah kehidupan di dunia. Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang ALLAH aturkan untuk kita. Ada kalanya kita tersangat gembira. Ada kalanya kita tersangat kecewa.

NAMUN

Jangan risau manusia, Allah itu Tuhan kita. Tuhan yang maha luas kasih sayang-Nya. Percayalah, Allah tidak akan menduga hamba-Nya kecuali untuk melihat hamba-Nya tersenyum disana , tertawa disana , berbahagia disana. InsyaAllah di syurga :')

Wahai hamba Allah, Jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak sebarang manfaat pun pada keesokkan harinya.

Kesedihan demi kesedihan, bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputusan dan duniayang luas dirasakan sempit dan tidak berguna lagi. Gara-gara kesedihan, air yang manis terasa pahit. Makanan yang lazat terasa hambar.

Wahai hamba Allah. Lihatlah sekeliling kita dan teguhkan pendirian. Sepanjang hidup jangan berputus asa. Senyuman yang kita berikan dan air mata yang kita titiskan simpan............. jadi kan TAULADAN. 







Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post